Mula di sini
Laman ini bukan koleksi tip rawak. Ia satu proses yang berperingkat. Kalau anda baca ikut turutan di bawah, semuanya akan lebih masuk akal.
Faham kenapa cara ini berbeza
Kebanyakan nasihat kewangan bermula dengan “berjimatlah”. Kaedah proses bermula dengan soalan lain: di mana sebenarnya kebocoran itu berlaku, dan berapa besarnya? Baca halaman Tentang Saya untuk latar belakangnya.
Ukur sebulan penuh
Sebelum potong apa-apa, rekod dulu. Satu bulan data sebenar lebih berguna daripada setahun tekaan. Artikel dalam kategori Asas Kewangan akan bantu anda mula.
Buang kebocoran yang paling besar dahulu
Jangan potong semua serentak. Ambil tiga item terbesar yang tidak memberi nilai kepada anda, dan selesaikan tiga itu sahaja bulan ini.
Pantau supaya ia tidak kembali
Di kilang kami panggil ia kawalan. Di rumah ia bermakna semakan ringkas setiap bulan supaya langganan dan tabiat lama tidak menyelinap masuk semula.
Kalau anda mahu senarai siap yang boleh terus diguna untuk langkah 3, ebook di bawah adalah titik permulaan yang murah dan praktikal.
123 tindakan penjimatan merentasi 14 bahagian kehidupan: rumah, barang dapur, kenderaan, gajet, pendidikan, majlis dan sebagainya. Disertakan jaminan pulangan wang oleh penerbit.
Pautan afiliat. Saya menerima komisen jika anda membeli melalui pautan ini, tanpa kos tambahan kepada anda. Baca pendedahan afiliat penuh.